Membongkar Rahsia Di Sebalik Solat
Sebuah kajian saintifik Universiti Malaya yang membongkar rahsia di sebalik Solat...
Buku ini membentangkan hasil kajian saintifik oleh dua orang Islam dan seorang bukan Islam dari Universiti Malaya mengenai pergerakan dalam solat.
Paparan isi kandungan agak menarik yang disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.
Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang berlaku apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.
Sebagai contoh, menurut kajian, rukuk bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' di mana apabila kita rukuk otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Ia menunjukkan apabila solat dilakukan dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatik akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.
Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.
Kajian yang dilakukan oleh doktor bukan Islam ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.
Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental.
Anggota Penyelidik:
Prof Dr. Ir Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas.
Prof Dr. W. Azman W. Ahmad.
Dr. Rameezan Begam Abdul Rahim.
Dr. Ng Siew Cheok
Penerbit: Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
Adakah anda tahu kebaikan solat berdasarkan kajian saintifik?
Cuba jawap soalan-soalan berikut:
1. Apakah posisi solat yang menyumbang kepada bekalan oksijen yang cukup kepada otak?
A=Berdiri tegak B=Rukuk C=Sujud D=Duduk Antara Dua Sujud E=Duduk Tahayat
2. Apakah posisi dalam solat yang menyumbang kepada kesihatan yang paling baik kepada jantung?
A=Berdiri tegak B=Rukuk C=Sujud D=Duduk Antara Dua Sujud E=Duduk Tahayat
3. Apakah posisi solat yang berupaya mencegah sakit pinggang?
A=Berdiri tegak B=Rukuk C=Sujud D=Duduk Antara Dua Sujud E=Duduk Tahayat
4. Apakah perbuatan dalam solat mampu menghindar penyakit jantung?
5. Mengapa kita digalakkan sujud agak lama dari sudut sains?
6. Mengapa solat berjemaah lebih baik dari solat bersendirian dari sudut sains?
7. Di manakah posisi dalam solat ketenangan yang maksimum dicapai?
Dapatkan jawapan di atas daripada SOLAT SAINS.
Dapatkan jawapan di atas daripada SOLAT SAINS.
Rujukan Akbar: http://solat-sains.blogspot.com/2013/07/kajian-saintifik-solat.html
Mengapa Anda Harus Memiliki SolatSains?
1. Anda dapat mengetahui kesan pergerakantertentu dalam solat membentuk komposisi tubuh badan,
2. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat mempengaruhi denyutan jantung;
3. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat sebagai terapi penyakit pinggang;
4. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat merehatkan otak;
5. Anda dapat mengetahu kesan pergerakan tertentu dalam solat ke atas pembentukan otot;
6. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat membaiki penyakit mati pucuk (disfungsi ereksi)
Abd Rahaman Rasid |
Akaun Maybank: 1141 0524 8789
2. SMS: NAMA PENERIMA, ALAMAT POS dan TARIKH BANK-IN kepada 013 366 1242
3. Jumlah bayaran: RM40 (termasuk pos dan pembungkusan)
4. Buku akan dihantar pada hari yang sama atau keesokannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan