Jumaat, 2 Ogos 2013

Sejarah Solat (sembahyang) Lima Waktu

Nabi Muhammad SAW Nabi Terakhir

Nabi Muhammad SAW aalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat semasa nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. 
Berikut adalah asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Solat Subuh
Orang pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga yang diturunkan ke bumi. 
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Solat Zohor
Orang pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu sewaktu Allah SWT memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Solat Asar
Orang pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. 
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat Maghrib
Orang pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Solat Isyak
Orang pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. 
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Nota Tambahan: Buku Solat Sains

Mengapa Anda Harus Memiliki Buku SolatSains?

1. Anda dapat mengetahui kesan pergerakantertentu dalam solat membentuk komposisi tubuh badan,

2. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat mempengaruhi denyutan jantung;

3. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat sebagai terapi penyakit pinggang;

4. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat merehatkan otak;

5. Anda dapat mengetahu kesan pergerakan tertentu dalam solat ke atas pembentukan otot;

6. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat membaiki penyakit mati pucuk (disfungsi ereksi)



kajian solat
Cara order buku Solat Sains:

1. Bank in ke Maybank saya: Abd Rahaman Rasid.

Akaun Maybank: 1141 0524 8789 

2. SMS bila bank-in iaitu: NAMA, ALAMAT POS dan TARIKH BANK-IN kepada 013 366 1242

3. Jumlah bayaran: RM40 (termasuk pos dan pembungkusan)

4. Buku akan dihantar pada hari yang sama atau keesokannya.

Sabtu, 27 Julai 2013

Kajian Saintifik Solat

kajian sains solat
KAJIAN saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dibuat sekurang-kurangnya lapan rakaat dan tiga rakaat witir boleh mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram bagi sesetengah individu.

Penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, mendapati solat tarawih dan puasa dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekali gus merendahkan lemak dan paras glukos dalam darah.

Kajian yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM, Profesor Ir. Fatimah Ibrahim menunjukkan solat sunat tambahan dan diet seimbang boleh dijadikan kaedah untuk individu menguruskan badan serta mengawal komposisi badan.

Penyelidikan juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia.

"Bagaimanapun segalanya hanya boleh dicapai dengan menunaikan solat secara sempurna dan tertib," katanya semasa ditemui di Klinik Solat, Makmal Kejuruteraan Klinikal UM, Kuala Lumpur.

Beliau menambah solat lima waktu amat bagus dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas umat Islam bermula sejak Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.

Umat Islam perlu mencapai solat yang sempurna bagi mendapatkan faedah bukan saja di akhirat tetapi juga di dunia.

"Faedah di akhirat dari segi pahala manakala dunia pula dari sudut kesihatan yang baik," katanya.

KajianJusteru beliau menjalankan kajian bagaimana mencapai solat sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Menurutnya, kajian menunjukkan solat yang dilakukan dengan pergerakan dan postur Rasulullah SAW dibuktikan secara saintifik amat baik untuk kesihatan.

Tetapi pergerakan yang tidak betul atau tidak sempurna akan memberikan kesan terhadap kesihatan.

Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah iaitu tetap bersolat, faham bacaan, solat jemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah dan kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai kesihatan yang baik.

Prof. Fatimah berkata, untuk mendapat hasil tepat, subjek kajian menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan solat sunat dua rakaat.

"Hasil kajian itu menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tadi bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat," katanya.

Menyentuh mengenai solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan, Prof. Fatimah berkata, sebelum ini kajian yang dijalankan mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu mengimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.

"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya.

Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Otot-ototIa melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot.

Kajian menunjukkan, solat lima kali sehari semalam juga dapat mengurangkan lemak dalam badan.

Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stres, kolesterol dan kegemukan.

Sehingga kini Prof. Fatimah telah menghasilkan empat buah buku berkaitan solat iaitu Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains (Edisi Melayu), Salat: Benefits from Science Perspective (Edisi Inggeris), Pencegahan Sakit Jantung dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan serta Postur dan Pergerakan Solat, Senaman Regangan dan Pergerakan Solat.

Semua buku berkenaan dihasilkan dengan kerjasama pakar perubatan berkaitan bidang masing-masing.

Prof. Fatimah bakal menghasilkan tiga buah buku lagi iaitu Kesan Postur dan Pergerakan Solat Kesihatan Badan, Solat sebagai Terapi Minda dan Mati Pucuk Kaedah Rawatan Melalui Prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan solat.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nota Tambahan:


Mengapa Anda Harus Memiliki Buku ini?

1. Anda dapat mengetahui kesan pergerakantertentu dalam solat membentuk komposisi tubuh badan,

2. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat mempengaruhi denyutan jantung;

3. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat sebagai terapi penyakit pinggang;

4. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat merehatkan otak;

5. Anda dapat mengetahu kesan pergerakan tertentu dalam solat ke atas pembentukan otot;

6. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat membaiki penyakit mati pucuk (disfungsi ereksi)


Untuk order buku secara online:

Order buku Solat Sains

Cara order buku Solat Sains:

1. Bank in ke Maybank saya: Abd Rahaman Rasid.

Akaun Maybank: 1141 0524 8789 

2. SMS bila bank-in iaitu: NAMA, ALAMAT POS dan TARIKH BANK-IN kepada 013 366 1242

3. Jumlah bayaran: RM40 (termasuk pos dan pembungkusan)

4. Buku akan dihantar pada hari yang sama atau keesokannya.



Solat Dari Perspektif Sains

Membongkar Rahsia Di Sebalik Solat


Sebuah kajian saintifik Universiti Malaya yang membongkar rahsia di sebalik Solat...

solat sains

Tonton Video Klip ini dahulu:

Sinopsis Buku Solat Sains

Buku ini membentangkan hasil kajian saintifik oleh dua orang Islam dan seorang bukan Islam dari Universiti Malaya mengenai pergerakan dalam solat.

Paparan isi kandungan agak menarik yang disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.

Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang berlaku apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.

Sebagai contoh, menurut kajian, rukuk bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' di mana apabila kita rukuk otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Ia menunjukkan apabila solat dilakukan dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatik akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.

Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Kajian yang dilakukan oleh doktor bukan Islam ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.

Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental.

solat sains
Dr.Fatimah Ibrahim dengan Solat Sains
Ketua Penyelidik: Prof Ir. Dr Fatimah Ibrahim.

Anggota Penyelidik:

Prof Dr. Ir Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas.
Prof Dr. W. Azman W. Ahmad.
Dr. Rameezan Begam Abdul Rahim.
Dr. Ng Siew Cheok

Penerbit: Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur


Adakah anda tahu kebaikan solat berdasarkan kajian saintifik?


Cuba jawap soalan-soalan berikut:


1. Apakah posisi solat yang menyumbang kepada bekalan oksijen yang cukup kepada otak?

A=Berdiri tegak   B=Rukuk   C=Sujud   D=Duduk Antara Dua Sujud   E=Duduk Tahayat


2. Apakah posisi dalam solat yang menyumbang kepada kesihatan yang paling baik kepada jantung?

A=Berdiri tegak   B=Rukuk   C=Sujud   D=Duduk Antara Dua Sujud   E=Duduk Tahayat


3. Apakah posisi solat yang berupaya mencegah sakit pinggang?

A=Berdiri tegak   B=Rukuk   C=Sujud  D=Duduk Antara Dua Sujud   E=Duduk Tahayat


4. Apakah perbuatan dalam solat mampu menghindar penyakit jantung?


5. Mengapa kita digalakkan sujud agak lama dari sudut sains?


6. Mengapa solat berjemaah lebih baik dari solat bersendirian dari sudut sains?


7. Di manakah posisi dalam solat ketenangan yang maksimum dicapai?


Dapatkan jawapan di atas daripada SOLAT SAINS.


sembahyang dari aspek sains


Rujukan Akbar: http://solat-sains.blogspot.com/2013/07/kajian-saintifik-solat.html


Mengapa Anda Harus Memiliki SolatSains?


1.  Anda dapat mengetahui kesan pergerakantertentu dalam solat membentuk komposisi tubuh badan,

2.  Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat mempengaruhi denyutan jantung;

3.  Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat sebagai terapi penyakit pinggang;

4.  Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat merehatkan otak;

5.  Anda dapat mengetahu kesan pergerakan tertentu dalam solat ke atas pembentukan otot;

6. Anda dapat mengetahui kesan pergerakan tertentu dalam solat yang dapat membaiki penyakit mati pucuk (disfungsi ereksi)


solat sains
Abd Rahaman Rasid
Cara order:

1. Bank in ke Maybank: Abd Rahaman Rasid
Akaun Maybank: 1141 0524 8789


2. SMS: NAMA PENERIMA, ALAMAT POS dan TARIKH BANK-IN kepada 013 366 1242


3. Jumlah bayaran: RM40 (termasuk pos dan pembungkusan)


4. Buku akan dihantar pada hari yang sama atau keesokannya.